Friday 27 April 2012

Al-Qur'an SeBaGai PaNdUaN HiDuP

 Sesungguhnya Allah Yang Maha Esa telah menurunkan kitab suci Al-Qur'an kepada umat manusia sebagai satu kitab panduan yang dengannya manusia seharusnya berpegang supaya kehidupan ini sentiasa di dalam jalan kebenaran. Bermula saat ianya diwahyukan sehingga ke saat pengadilan kelak, kitab suci ini akan kekal sebagai satu-satunya kitab panduan bagi umat manusia yang isi kandungannya tidak sedikitpun ada kekurangan maupun tokok tambah walau sebiji hurufpun. Bagaimana ini mungkin terjadi, kerana ianya merupakan suatu mukjizat yang dijamin Allah akan keasliannya sehinggalah ke hari Kiamat. Bagi yang membaca apa lagi yang menghafaz, disediakan ganjaran yang cukup besar untuk bekalan di hari muka kelak.

(1) Diberi ganjaran pahala mengikut setiap huruf yang dibacanya dengan balasan pahala yang     berlipat kali ganda
(2) Berada dalam rahmat Allah
(3) Dianggap sebagai keluarga kesayangan Allah 
(4) Al-Quran sendiri akan memberi syafaat kepada pembaca dan penggemarnya di hari kiamat
(5) Syafaat 10 anggota keluarga ke syurga 


SEKIAN


No comments:

Post a Comment